Thursday, April 12, 2012

Philea Resort Melaka-proses membakar duit

Bercuti di resort ni pon seronok jugak sbb resort ni ada byk keistimewaannya antaranya pemandangan yg superb! best! Antara resort kesukaan Perdana Menteri kita bila singgah ke Melaka dan pernah didiami oleh pelakon hindi terkenal iaitu Shah Rukh Khan..heehe jd apa lg,masa utk mencuba dan membakar duit..hahahahah harga semalam RM800...hammekk kau! huh! jd ambil 3hari dua malam..nk cuba punya hal!

Inilah yg paling tak boleh nk lupa, belum pernah lg nampak kolam renang yg dibuat dari batuan sungai..keunikkan ini membuatkn airnya sejuk seperti mandi di sungai...:) ingt lak kat kg..mandi free jerk... hehehe... Selain chalet2nya yg diperbuat dr kayu pine yg diimport dr Italy..fuh..cantikknya... Bilik mandi yg cukup ala 'oversea'nyer..katil yg mewah,semunya mewah serba serbi menarik, sesuai dibuat hadiah utk si dia... walaupun hanya berpeluang tinggal 3hari 2malam di situ, namun keseronokkannya melebihi tahap superb... makan malam bertemankn lilin ditepi kolam sungai ini,dgn deruan airterjun buatan...bunyi2 unggas malam...fuhh..masa utk bergambar tp xnklah post kat sini bebyk...seksi meksi... :)

Ada juga disediakan tmn mainan kanak2 indoor..utk parent yg bwk anak, tp xnk anak ganggu mkn mlm atau sebagainya..terdapat byk pakej, dan jenis chalet yg disediakan... makanannya pon sedapp...nyum2... lazat...xhairanlh knp mereka yg bergelar VVIP suka ke sini... hanya itu je yg diri ini mampu...hari berikutnya menginap di Avilion Melaka...hehehe pon cantik..tp tgu dalam post akan dtg.... muahhhxxxxx
Klu nk tgk gmbr tpt ni atau nk survey2 harga..ni detail tptni..leh jgk2...

Philea Resort & Spa
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel no.: +606-233 3399
Fax no.: +606-233 2299
Email: info@phileahotel.com
Website: http://www.phileahotel.com/
Facebook Page: www.facebook.com/philea.resort.melaka
GPS coordinates: 2.2983529910594464,102.31203138828277
Slamt bercutiiiiii................

Wednesday, April 11, 2012

INdiA episod 2



Selalunya kita hanya melihat gambar2 menarik ni dalam kalender sahaja...itu pon kalau xdapat kalender kuda..heheh kalender fav tuu... Namun kesempatan ke sana membuka mata betapa indahnya tasik itu...gambar yg diambil tidak dpt menjelaskan keindahan tasik itu melalui mata kurniaan ilahi..




Dengan hanya membunyikan siulan,dan si pendayung sampan akan membalas siulan tersebujt,dan selepas beberapa minit sampan datang ke pesisiran tasik tpt kami menunggu, xperlu sebarang gaJet rasmi utk cal, utk book sampan..sampan tanpa minyak diesel sangat menjaga ekosistem alam...hanya menggunakan tenaga utk mengayuhnya dayungnya...betapa seronoknya menjadi anak kampung...dari tanah rata kami menyeberangi tasik ke pulau kecil, ada macam ulam di situ...ada buah2an yg lazat sgt..lupa lak namanya...



Apapun, mungkin saya tersilap.. ini yg org kata: memberi hukuman sebelum mendengar penjelasan...akanku cuba memperbaiki niat dan sangkaanku dari sekarang...namun aku manusia yg perlu diberi peluang utk menjadi insan yg benar tulus hatinya... yg pastinya..aku akan ke sana lagi..! tak semua India tu kotor, tak semua India tu xmenarik..akan ku update episod akan dtg..yg pastinya membuka mata anda semua juga,sama spt saya....

Sunday, December 18, 2011

FACEBOOK DEACTIVE!!!!

Setelah lama tidak menulis...kini ku cuba mencoretkn sesuatu...setelah dipertimbangkn, terlalu byk masalah berlaku dgn FACEBOOK..mereka didlm itu cuba menunjuk sape yg hebat,sape yg alim,sape yg kaya,sape yg terbaik.Sampai ade yg sanggup berhutang beribu ringgit utk kepuasan menunjuk kekayaan, sampai ade menghabiskn duit simpanan ribuan ringgit utk menunjuk kekreatifan diri, xkurang juga yg menunjuk sape yg lebih glamor dgn meng'approve' kwn seramai mungkin.

beras kanji beras pulut,
letak garam adunan sempurna,
hukum hakam bualan mulut,
adkh dirinya terlalu sempurna?

ikan kering masih dijemur,
jemur sehingga berubah rupa,
update masakan semua yg glamor,
adkh rasanya seindah rupa?

gmbr melancong ke sana sini,
pengaruh kwn dan rkn sendiri,
bergaduh si suami dgn si isteri,
kerana kehendak xdpt dipenuhi.

dia ada kita xde,
dia dpt kita putih mata,
hidup yg xsama rata,
perbandingan taraf mula ketara

ckp siang berpada-pada,
ckp mlm sejuk sendiri,
mula berbangga dgn kerja yg ada,
mengundang riak dihati sendiri

sejuk air takungan perigi,
buat mandi ditepi denai,
mngapa mereka tidk ada malu lg,
tidkkah penulisan menggambrkn perangai?

Terlalu byk perkara yg dilihat sejak 3bulan kebelakangan ini dalam facebook seorang rakan...itukh akibatnya...membuatkn aku mula berfikir. Wajarkh jikalau aku menutup akaun facebook ini... kerana aku juga mula cenderung melakukan perkara-perkara diatas...sampai terima sms dan msg dr rakan-rakan mengatakan 'tidk semua org bertuah'... aku agak tertampar dgn perkataan itu, walau hny 4perkataan ia cukup bermakna, menyedarkn aku dr lamunan...


Memang....
Pabila kita berusaha keras, kita diam dan tidk menghebahknnya..mereka tidk tahu betapa pyh usaha kita, namun setlh kita berjaya dan kita mula berkongsi ada yg tidk menyenanginya...xkata mereka, mungkin aku juga begitu...tidk semua episod dlm hidup ini bahagia tanpa airmata...xsemua episod dlm hidup ini berlari tanpa tersungkur. Namun inilh kita, kekuatan kita utk membawa hidup kita, bertuah mana kita? itu terletak pd doa kita setiap hr..lg byk kita bertaubat dan berdoa, lg cerah peluang kita...namun jika kita diuji juga, itulhhh kasih sayang ilahi utk kita..hargailh ia.

Masih berbaki beberapa bulan lg utk aku mula bertindak utk menutp akaun atau meneruskannya...nasihat dr insan2 terdekat mengatakn tutup! ermm... baik tak pyh dihebahkn apa perkembangan kita. Apa yg akan kita buat, kerana facebook bukan diary elektronic kita.

Thursday, November 10, 2011

Berat mata memandang berat bahu memikul


Berita mgejutkn:



Seorg remaja berusia 18thn mnjga ibunya setahun lamanya, namun sebulan sebelum raya aidilfitri..ibunya telah kembali kerahmatullah, tinggal dia bersama ayah & adik berusia 6thn yg masih tidk mengetahui apa2..
namun slps 5bln berlalu ayahnya jatuh sakit,setelah sebulan koma, pd hr raya ke3 aidiladha thn ini,ayahnya juga dijemput ilahi..tinggal dia bersma adik berusia 6thn..smg Allah melindungi-Nya..simpati aku pdnya...kerana aku sgt sygkn mereka berdua...
Bagaimanalah seorang anak gadis semudanya ingin menjaga seorang adik...sedgkn dia sendiri memerlukan perhatian..namun kulihat dr raut wajahnya,hatinya cukup kental..namun dalam kekentallan itu, kita tidk tahu, entah berapa kalikh mata itu mengalirkan airmata..kerana sepi, kerana rindu, kerana takut ,kerana sedih kehilangan keduanya dalanm tempoh yg singkat..ku doakan agar dirinya tabah sentiasa..amin.

Fifi dan Farah..miss u...

Wednesday, June 30, 2010

Bercuti ke Selatan India..





Percutian ke Negara India agak mengkagumkan kerana sebelum ini hanya didedahkan dengan keadaan negara tersebut yang kotor dan masyarakatnya yang miskin. Namun setelah pergi ke sana, terlalu banyak benda yang tidak kita sedari ianya sangat cantik..ciptaan ilahi yang cukup adil memberi kecantikkan alam disetiap pelusuk negara...
Jadi dua hari kami disana, makanan sangat sedap...orangnya juga boleh berbahasa inggeris, pantainya sangat cantik, barang2nya sangat murah, dan yg penting penginapan kami juga selesa..semuanya bertaraf 4bintang ke atas..kerana bukan byk duit, tp ianya murah.hehehehe :) Apapun,terima kasih penduduk di sana yg membantu kami yg kerap sesat ni...pengalaman yg cukup seronok di selatan INDIA....

Sunday, February 21, 2010

Hakikat yang pedih untuk ditelan....

Hari ini macam2 aku belajar.

Semua tu ilmu yg tak dapt ku pelajari disekolah, sifu aku kata tadi-sebagai seorang dj kita kena mendidik ramai pendengar jd kena bersikap matang. Pengalaman akan mendewasakan bukan utk mengambil kelebihan itu kata2 bos aku.. rupanya mmg susah utk menjadi seorang pemimpin...tahniah utk semua yg bergelar pemimpin sama ada pemimpin dirumah, ditempat kerja mahupun di mana sahaja.

Smg jasa anda dibalas oleh Allah, terima kasih atas keprihatinan itu...kepada mereka yang memberi nasihat juga... kehidupan dalam masa bekerja tak sama dengan masa kita bersekolah...masa bersekolah kita dibimbing, kita dimanja, dibelai, masa bekerja kita kena usaha sendiri, semuanya kita kena lakukan demi periuk nasi kita. ... tp aku? mengkinkah terlalu awal utk aku berusaha? mereka yang sebaya aku? mereka sedang asyik melepak bersama keluarga,rakan2 dan buah hati tersayang.

Aku jenuh dan perit memikul dan memikirkan semua perkara. Adakah itu boleh dianggap sebagai beban?? atau itu boleh dianggap sebagai pengorbanan? aku bukan insan yang suka berkorban dahulunya, padaku, apa yang aku impikan mesti ada didepan mata..sekarang, keadaan memaksa aku supaya lebih prihatin lebih bersabar, lebih matang, lebih mengenal ilmu alam. erm..

Tidak kukesali pun nasib ini, cuma aku bersyukur, kerna tuhan memberi aku tugas utk aku lebih mengingati-NYA.Juga mengirimkan aku sebuah keluarga dipejabatku sendiri, mereka ibarat keluarga, aku salah ditegur, aku susah ditolong...dan bila aku jatuh, ada tangan yang sudi dihulurkan utk membantu aku. Subbahanallah...alhamdulillah...