Sunday, October 11, 2009

Berjaya Hill @ Colmar Hill

sebut saja mana tempat best, aku mesti teringin nak pergi. atas pengalaman seorang kawan sekuliah aku bernama nisha, aku pun pergilah ke sini. menurut katanya tak ada apa yang menarik namun hasil tinjauanku, macam-macam yang menarik yang kawan aku ni terlepas pandang....nak tahu apa yang cantik..jom tgk apa ada...

ini gambar baru sampai, masa ni tak tahu lagi nak pergi mana...dulu kawasan belakang ni tempat model iklan buat penggambaran, filem yang erra dan yusri pun di sini juga,tp lupa apa nama filem tu. now aku lak buat penggambaran tp kamera aku je lah..heheheh

tempat ni bersuhu 20'c agak sejuk jugak, masa pergi tu cuaca di bawah 34'c. so dah naik tempat ni selesalah sikit. air pancut belakang ni sempat gak aku celup-celup tangan dan kaki. pak guard dia masa tu xde, asyik dengar lagu kat radio.

ok sekarang meh ikut aku berjalan di sekitar colmar hill ni...jeng jeng..jom tgk apa yg ada..semapt gak g taman bunga dia, wow agak menarik gak, bunga di sini agak fresh. pastu siap ada lebah menghisap madu lagi,aku pun sempat 'join' lebah tu cari madu...hehehe

ini baru permulaan posing...ewah, seronoknya bergambar, tak rugi pergi dengan buah hati,senang nak bergambar. kalau dengan kengkwn semuanya mengutuk hobi aku yg suka bergambar.uwaa....nakal! one two three...click click!

waaahh...wanginya bau bunga ni, rasanya macam aku ni puteri diraja lak.wow....khayal dengan haruman bunga di sini. inilah alam kurniaan ilahi cukup lengkap dan mendamaikan.

Bersantai di taman yang ada, batu-batu disusun menarik sungguh romantik...terasa seperti di Perancis masa ni...dengan pelancong yang ada menguatkan lagi suasana luar negara....jomlah bercuti dalam Malaysia..pelbagai tempat menarik tau...

Ini gambar didepan Colmar Hill. Belakang tu ada trak kecil utk pergi ke lain-lain tempat kalau malas bawak kereta...bestnyer...naik ramai-ramai dengan pelancong lain.

Meh kita tgk gambar yang ada...nak cerita panjang sangat....


Gambar di tepi kolam yang indah, ada swam tau, warna hitam dengan putih , besar lak tu takutt...ada pokok anggur lagi sempat petik anggur makan, ahaks...








cantikkan,lepas pergi ke kolam ni, gerak pulak ke dalam kawasan Colmar Hill ni...jom tgk apa ada. Lagier besttt....




















agak-agak nk datang jeles tgk gambar ni,atau nk rasa sendiri pengalaman di sini dtglah...sekurang-kurangnya aku dh tunjuk semua dan bg idea utk korang...Yey..akhirnya dah penat meronda, masa utk balik...jom balik jumpa di Japanese House lak k..byeee semua..