Sunday, December 18, 2011

FACEBOOK DEACTIVE!!!!

Setelah lama tidak menulis...kini ku cuba mencoretkn sesuatu...setelah dipertimbangkn, terlalu byk masalah berlaku dgn FACEBOOK..mereka didlm itu cuba menunjuk sape yg hebat,sape yg alim,sape yg kaya,sape yg terbaik.Sampai ade yg sanggup berhutang beribu ringgit utk kepuasan menunjuk kekayaan, sampai ade menghabiskn duit simpanan ribuan ringgit utk menunjuk kekreatifan diri, xkurang juga yg menunjuk sape yg lebih glamor dgn meng'approve' kwn seramai mungkin.

beras kanji beras pulut,
letak garam adunan sempurna,
hukum hakam bualan mulut,
adkh dirinya terlalu sempurna?

ikan kering masih dijemur,
jemur sehingga berubah rupa,
update masakan semua yg glamor,
adkh rasanya seindah rupa?

gmbr melancong ke sana sini,
pengaruh kwn dan rkn sendiri,
bergaduh si suami dgn si isteri,
kerana kehendak xdpt dipenuhi.

dia ada kita xde,
dia dpt kita putih mata,
hidup yg xsama rata,
perbandingan taraf mula ketara

ckp siang berpada-pada,
ckp mlm sejuk sendiri,
mula berbangga dgn kerja yg ada,
mengundang riak dihati sendiri

sejuk air takungan perigi,
buat mandi ditepi denai,
mngapa mereka tidk ada malu lg,
tidkkah penulisan menggambrkn perangai?

Terlalu byk perkara yg dilihat sejak 3bulan kebelakangan ini dalam facebook seorang rakan...itukh akibatnya...membuatkn aku mula berfikir. Wajarkh jikalau aku menutup akaun facebook ini... kerana aku juga mula cenderung melakukan perkara-perkara diatas...sampai terima sms dan msg dr rakan-rakan mengatakan 'tidk semua org bertuah'... aku agak tertampar dgn perkataan itu, walau hny 4perkataan ia cukup bermakna, menyedarkn aku dr lamunan...


Memang....
Pabila kita berusaha keras, kita diam dan tidk menghebahknnya..mereka tidk tahu betapa pyh usaha kita, namun setlh kita berjaya dan kita mula berkongsi ada yg tidk menyenanginya...xkata mereka, mungkin aku juga begitu...tidk semua episod dlm hidup ini bahagia tanpa airmata...xsemua episod dlm hidup ini berlari tanpa tersungkur. Namun inilh kita, kekuatan kita utk membawa hidup kita, bertuah mana kita? itu terletak pd doa kita setiap hr..lg byk kita bertaubat dan berdoa, lg cerah peluang kita...namun jika kita diuji juga, itulhhh kasih sayang ilahi utk kita..hargailh ia.

Masih berbaki beberapa bulan lg utk aku mula bertindak utk menutp akaun atau meneruskannya...nasihat dr insan2 terdekat mengatakn tutup! ermm... baik tak pyh dihebahkn apa perkembangan kita. Apa yg akan kita buat, kerana facebook bukan diary elektronic kita.