Wednesday, June 30, 2010

Bercuti ke Selatan India..





Percutian ke Negara India agak mengkagumkan kerana sebelum ini hanya didedahkan dengan keadaan negara tersebut yang kotor dan masyarakatnya yang miskin. Namun setelah pergi ke sana, terlalu banyak benda yang tidak kita sedari ianya sangat cantik..ciptaan ilahi yang cukup adil memberi kecantikkan alam disetiap pelusuk negara...
Jadi dua hari kami disana, makanan sangat sedap...orangnya juga boleh berbahasa inggeris, pantainya sangat cantik, barang2nya sangat murah, dan yg penting penginapan kami juga selesa..semuanya bertaraf 4bintang ke atas..kerana bukan byk duit, tp ianya murah.hehehehe :) Apapun,terima kasih penduduk di sana yg membantu kami yg kerap sesat ni...pengalaman yg cukup seronok di selatan INDIA....

Sunday, February 21, 2010

Hakikat yang pedih untuk ditelan....

Hari ini macam2 aku belajar.

Semua tu ilmu yg tak dapt ku pelajari disekolah, sifu aku kata tadi-sebagai seorang dj kita kena mendidik ramai pendengar jd kena bersikap matang. Pengalaman akan mendewasakan bukan utk mengambil kelebihan itu kata2 bos aku.. rupanya mmg susah utk menjadi seorang pemimpin...tahniah utk semua yg bergelar pemimpin sama ada pemimpin dirumah, ditempat kerja mahupun di mana sahaja.

Smg jasa anda dibalas oleh Allah, terima kasih atas keprihatinan itu...kepada mereka yang memberi nasihat juga... kehidupan dalam masa bekerja tak sama dengan masa kita bersekolah...masa bersekolah kita dibimbing, kita dimanja, dibelai, masa bekerja kita kena usaha sendiri, semuanya kita kena lakukan demi periuk nasi kita. ... tp aku? mengkinkah terlalu awal utk aku berusaha? mereka yang sebaya aku? mereka sedang asyik melepak bersama keluarga,rakan2 dan buah hati tersayang.

Aku jenuh dan perit memikul dan memikirkan semua perkara. Adakah itu boleh dianggap sebagai beban?? atau itu boleh dianggap sebagai pengorbanan? aku bukan insan yang suka berkorban dahulunya, padaku, apa yang aku impikan mesti ada didepan mata..sekarang, keadaan memaksa aku supaya lebih prihatin lebih bersabar, lebih matang, lebih mengenal ilmu alam. erm..

Tidak kukesali pun nasib ini, cuma aku bersyukur, kerna tuhan memberi aku tugas utk aku lebih mengingati-NYA.Juga mengirimkan aku sebuah keluarga dipejabatku sendiri, mereka ibarat keluarga, aku salah ditegur, aku susah ditolong...dan bila aku jatuh, ada tangan yang sudi dihulurkan utk membantu aku. Subbahanallah...alhamdulillah...