Saturday, September 19, 2009

Japan ,Malaysia

Kengkwan seronoknya berangan di sini.hehehe..Asyik duduk di Malaysia je, nak pergi keluar negara pulaklah, sekarang lagi seronok melancong ke Jepun, negara matahari terbit. Jom tgk kenangan di JEPUN.... ada masa nak pergi lagi , tapi duit lak tak mencukupi. Sejuk juga, tp baju sejuk tinggal lak...takperlah.... Tinggi di atas pergunungan... Aduh ! Untuk cadangan tempat ni memang menarik untuk bercuti tau.... takderlah mahal mana...bolehlah.. Waaa...besarnya ikan ni, makan apalah agakanya...Pokok buloh ni pun pelik, tinggi tapi kurus je, tak boleh nak buat lemang nier..rugier je bela pokok buloh ni.Singgah dirumah unty sizudaska, rehat penatlah berjalan...Rumah dia kecil tapi menarik kan? wahhh... teringin nak rumah macam ni, unik tu...










Kepada yang berminat abadikan memori anda di sini..seronok dan mendamaikan..sebab tulah angah sekarang bukan angah dulu lagi..dan jadi pencinta alam dan lebih penyabar serta baiak hati ahaks....

ZOO NEGARA - terkemuka di Malaysia

Siapa kata berjalan ke Zoo Negara tidak seronok, seronok tau...Masa ni ada banyak binatang yang baru sampai dan puas hati kita melihatnya. Aku sempat posing2 lagier... masa pergi ni bulan puasa nak merakam bunyi binatang..hehehe Rupanya dah lama tak pergi zoo, jd jakun aku tgk binatang ni macam0macam perangai..Cuba tgk gamabar dibawah ini yang sempat di kongsikan dr 100 keping gamabar di sana...




Eeee....gajah ni nak mencapai aku dengan belalai dia..takutlah..dia lapar tu..bolah bagi gajah makan dgn harga Rm3 untuk sepotong batang tebu... Tapi aku ngeri arr nk hulur makanan kat dier..dier besar tuu...seram! Cantikkan....




Inilah binatang yang tinggi dari aku, nyampah!
Zirafah ni tengah makan ni, dia makan rumput je. Aku pun suka makan sayur-sayuran.
Inilah kenangan di zoo negara, Ada masa boleh jalan-jalan lagi.

Friday, September 11, 2009

Dream's come true..Fraser's Hill here i come...

Selamat datang ke Fraser's hill, di sini anda dapat menikmati udara yang nyaman serta suasana yang tidak boleh anda dapati di mana-mana kecuali di sini..percayalah... Bercuti di sini merupakan impianku sejak awal belajar di IPTA lagi namun tidak pulak berpeluang. Setelah sekian lama hanya melihat melalui website sekarang bagaikan mimpi aku dapat jejakkan kaki ke sini. Terima kasih kepada Dj Rees yang menjadi penunjuk arahnya. hehehe
Nak tengok apa ada di bukit kedua tinggi ni selepas Genting Hinghlands..jom tengok gambar-gambar di rakamkan di sana...



Ini pulak gambar kenangan di taman awamnya...penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang membahagiakan. Bunga kuning, bunga merah, bunga hijau semua bungalah ada.



Dipersimpangan delima..tak tahu nak pergi mana dulu. Semua tempat best. Aduh pening-pening nak pergi mana dulu ni....



Saat ini kurasakan seperti berada dalam taman bunga milikku sendiri. Wangian yang asyik. Pemandangan di taman bunga atau dikenali sebagai taman flora. Indahnya..sesuailah untuk jiwa seorang perempuan...



Cantik tak bunga ni. Bunga merah, wow menyemarakkan semangatku. Mana cantik bunga merah ni ke aku? emm kompius ni...@#$%^&&%



Kalaulah ada ladang bunga sendiri aduh seronoknya. Hijaunya mata memandang.
Saper yg melihat pasti tertawan. Itu baru yg melihat, yg datang terus tengok depan mata ni hendak je berkampung di situ.hehehe


Huu...wanginya. Macam bau aku je..hehehe Kepada mereka yang meminati bunga di sinilah surga bunga dunia sementara.


Kuning merajakan diri. Kuning menyerlahkan....



Balik dari taman flora, singgah pulak ke Silverpark, aduh lagi gempak beb.
Pokok Ru yang indah. Jom tengok apa yang ada di sini....Silverparkkkk.....


Cantikkan Pokok Ru ni, unik dan menarik.



Rumah ni macam rumah main-main je tapi rumah betul unik dan cantik kan?



Inilah puncak Silverpark...sejuk tau...


Yeahhhh.......emmm.... nyamannya......



SMOKEHOUSE.....
Rumah berkonsep Inggeris ni cantik tp nampak sangat lama nak tunggu rumah ni jadi cantik dilitupi tumbuh-tumbuhan menjalar ke dinding....Ingat nak buat rumah aku macam tu tapi takut benda lain yang menjalar...Ular! heheheh



Comelkan rumah ni... bilalah dapat melepak kat sini. Takperlah satu hari nanti akan kukunjungi jugak.



Saper kata rumah ni tidak cantik sila beri komen anda ok....



Inilah padang golf ...hijau yang bersih dan cantik.....ciptaan ilahi yang indah menarik. Ada gak teringin nak main golf, tapi tak pandailah.